....iNi SaYe ! ....

My photo
Berdiam itu lebih baek dari berkata-kata | Menulis itu lebih baek dari bercerita | Beribu kata,Beribu Bahasa | dari satu hati satu jiwa..

Pages

Thursday, January 12, 2012

Hati Vs Hatie

Mencintai seseorang yang tidak mungkin akan menjadi milik kita adalah sesuatu yang sia-sia. Aku sedar itu semua. Tetapi nak membendung perasaan cinta itu tidak semudah berkata-kata, tidak semudah menaip, tidak semudah berniat di hati saja. Ini semua orang kena sedar.

Memberikan sepenuh hati kepada seseorang yang belom pasti tulang rusuk kita adalah sesuatu yang mungkin mengundang kekecewaan. Macam aku. Kadang-kadang kuasa cinta itu boleh menjangkaui lebih dari yang kita takkan jangka. Itu semua orang kena tahu.

Soal Jawab dengan HATI SENDIRI :

Kenapa aku masih mencintai insan yang tidak mungkin aku miliki ?
Sebab mungkin aku belum jumpa insan lain yang mampu buktikan pada aku yang dia akan menjadi pasangan hidup mati dunia akhirat aku, terima buruk baek aku seadanya.

Kenapa aku masih belum jumpa insan lain ?
Sebab bagi aku semua lelaki adalah sama. Pendek cerita aku fobia dengan lelaki.

Sebab itu sesukahati aku 'reject' insan yang tak bersalah sedangkan mereka cuba buktikan yang mereka mahu jadi yang terbaik di sisi kamu?
0h. Aku fobia!

Aku rasa munasabah ke jawapan aku untuk soalan di atas tadi ?
Tak ! Aku tahu tak munasabah. Aku bukan 'reject' mereka. Aku cuma memerlukan ruang dan masa. Aku tak mampu membalas cinta mereka sebagaimana mereka mencintai aku. Biar saket sekarang. Atleast lepas tu mereka da jumpa pasangan masing-masing dan bahagia kan ? Aku ? masih begini...

Apakah yang aku inginkan sebenarnya ?
Kasih sayang. Cinta. Perhatian. Didikan. Dari insan yang benar-benar menyayangi, memahami, menerima aku seadanya. Insan yang mampu membuat aku lupa yang aku pernah mencintai orang lain, yang dapat mengubati hati aku. Walau dia bukan yang pertama di hati aku tapi dia akan menjadi yang terakhir dan selama-lamanya untuk aku. Aku janji !

Berperang dengan hati sendiri sangat bahaya. Boleh jadi gila. Nasib boleh kawal emosi lagi. 'Post' ini asalnya semua gara-gara mimpi aku.
Tahun baru. Azam baru. Bertambah lagi setahun. Bermakna hampir 3tahun kami dipisahkan. " Ya Allah, hambamu redha..padamkan hatiku, jiwaku, perasaanku, ingatanku kepada dia. Dia milik orang lain. Aku lepaskan dia. Aku redha dengan qada' dan qadar Mu. "

1 comment: