....iNi SaYe ! ....

My photo
Berdiam itu lebih baek dari berkata-kata | Menulis itu lebih baek dari bercerita | Beribu kata,Beribu Bahasa | dari satu hati satu jiwa..

Pages

Friday, October 21, 2011

Jika Sekarang ..

Seringkali aku dipertemukan dengan 0rang yang salah. Dimanakah silapnya..aku tak pasti. Namun aku tak pernah menyalahkan Allah s.w.t kerana ini semua berlaku di atas kehendakNya yang Esa. Seharusnya aku bersyukur sebagai insan yang tak lepas dari melakukan d0sad0sa, Allah s.w.t tetap berada di sisi ku senantiasa tatkala susah mahupun senang. Alhamdulillah. 
Jika sekarang kamu rasa bahagia sedangkan itu bukan yang di redhai 0leh Allah s.w.t, segeralah tinggalkan kebahagiaan itu kerana sesungguhnya Allah s.w.t akan menjanjikan kebahagiaan yang lebih dari kamu kecapi sekarang.
Jika sekarang kamu mencintai sese0rang dengan sepenuh hati sedangkan dia sentiasa membawa kamu ke jalan kemaksiatan yang terangterangan dilaknati 0leh Allah s.w.t, segeralah tinggalkan cinta itu kerana sesungguhnya Allah s.w.t akan menjanjikan insan yang mencintai kamu sepenuh hatinya berlandaskan syariat Islam yang diredhaiNya.
Jika sekarang
Jika sekarang kamu rasa kaya raya, mewah hidup sedangkan itu bukan hasil dari sepatutnya yang kamu per0lehi ( sumber tidak halal ), segeralah tinggalkan kekayaan itu kerana sesungguhnya Allah s.w.t akan menjanjikan kekayaan yang lebih dari kamu per0lehi sekarang.
Bila difikirfikirkan balek..
Kadangkadang kita kena berk0rban meninggalkan apa yang kita suka, sayang, cinta, impian kita dan macammacam lagi jika hakikatnya semua itu tak diredhai 0leh Allah s.w.t.
Ramai mempers0alkan macam mane nak mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Senang jeh.. 
Berhenti dari melakukan segala hal yang tidak diredhai Allah s.w.t. !
Allah s.w.t menjanjikan balasan yang setimpal bagi mereka yang sangg0p berk0rban untuk ke jalanNya. Itu yang pasti. 
Yang penting ..
Hati kena percaya dengan Allah s.w.t.
Setiap apa yang berlaku adalah qada' dan qadar.
Bersyukur dengan seadanya.
Alhamdulillah~