....iNi SaYe ! ....

My photo
Berdiam itu lebih baek dari berkata-kata | Menulis itu lebih baek dari bercerita | Beribu kata,Beribu Bahasa | dari satu hati satu jiwa..

Pages

Thursday, January 26, 2012

Log In


Tv depan mata. Laptop depan mata.
Otak menerawang cari idea.
Sehuruf demi sehuruf membentuk perkataan.
Perkataan demi perkataan menjadi sepotong ayat.
Dan sebenarnya.
Aku takde idea nak tulis ape.
Jadinya.
Hapep0ntakjadik!


LogOut.

Tuesday, January 24, 2012

stop



Satu je cara.
Aku doakan kau cepat ada awek.
Sebab.
Tu je cara untuk aku berhenti suka kau.
Tu je cara untuk aku berhenti ambik tahu pasal kau.
Tu je cara untuk aku berhenti stalk kau.
Tu je cara untuk aku berhenti mengharapkan kau.
Tu je cara untuk aku berhenti fikir tentang kau.
Walau.

































Walau sebenarnya aku hanya tipu diri aku.

Monday, January 23, 2012

MC



Badan masih lesu. Makan pun sekadar untuk alas perut. Ikutkan hati memang takde selera makan. Tak tahu kenapa demam kali agak lama impaknya. Mak aku sampai tak keje jaga aku yang mc sampai 4 ari.
Ikutkan hati nak sambung mc. Tapi nanti kesian lak wad kekurangan staff.


Ya Allah.
Sesungguhnya setiap apa yang Kau turunkan pasti ada hikmahnya.
Aku bersyukur.
Permudahkan urusan hambaMu ini Ya Allah~
Aku sangat lemah.







Sunday, January 22, 2012

S.A

Dia ada sesuatu.
Sesuatu yang tidak ada pada yang lain.
Istimewa.
Nakal.
Tapi matang.
Pandai berjenaka.
Tapi berbatas.
Ringkas.
Tapi tetap tersendiri.
Setiap perlakuannya.
Pasti berlandaskan syariat Islam.
Ya Allah.
Sesungguhnya dia istimewa di mata ku.
Sesungguhnya dia adalah sesuatu di hati ku.
Sesuatu yang tak dapat ku ungkapkan.
Namun aku tahu.
Untuk memilikinya sesuatu yang di luar batas kemampuan ku.
Izinkan aku melihatnya.
Meskipun dari jauh.
Izinkan aku menyimpan sedikit perasaan untuknya.
Meskipun hanya aku saja yang tahu.
Izinkan aku jadikannya sumber inspirasiku.
Senyuman nya.
MasyaAllah ~

Wednesday, January 18, 2012

Ouh.






It's become worse more than yesterday.
Ouh.
So exhausted.
Off for a few days.











Terima.Kaseh

" Asyik demam jeh. Antibody xkuat. Tu lah, mesti tak habiskan antibiotik."
" Susah sangat nak makan ubat ! Nama je 'nurse'! "

Malas nak cakap apa dah. Saya tak pernah mengalu-ngalukan kedatangan demam ni. Allah s.w.t nak bagi, saya terima. Bagi yang tak reti nak faham, satu hari lu da kena..baru lu faham. Atleast saya berusaha untuk habiskan kerja saya setakat yang saya mampu. Ikot kejam saya. Saya tinggalkan kerja saya, minta MC, balek rumah, tido!
Kadang-kadang orang yang kita rasa musuh tu la sebenarnya kawan.

Terima kasih kamu. Tuhan pasti balas budi baek kamu. ^.^




Tuesday, January 17, 2012

PONNNN !

Ouh..sangat letih! Badan rasa tak bape sihat. 'Temperature' mula mencanak. Ouh..harap-harap tak demam. Esok kerja. Terpaksa telan ubat. Panadol ' Actifast'. Boleh tak saya usulkan dekat PM supaya haramkan Panadol' Actifast' tuh?
Sebab besar sangat la. Macam ne nak telan. Dua biji lak tuh.
Aku makan satu je. Pastu nak belah dua lagi leh tak?
Ouhh..aku benci ubat !
Nape tiba-tiba nak demam ntah. .
Terkejut agaknya.


P/s : Kehadapan motor2, kereta2, lori2, kapal terbang, kapal selam, kereta kebal. Tolong jgn sesukasuki hati anda mengeHON insan yang lemah mcm saye. Sila simpan HON anda utk keadaan yang bersesuaian ikut keadaan, bukan untuk mengurat ! !

Monday, January 16, 2012

Si hitam manis

Ouh . . letih sangat ! Jari taip laju menghantar mesej ke akak aku.

Aku : " Tau tak..bedah mayat lagi senang dari bawa motor? "
Kekanda mxs :" Kalau gitu suruh la mayat bawa motor. muahahaha ~ "

Hampess nye akak !

    Oke harinie penat. Muka hitam 'sunburn'. Lapar tahap tak ingat!
Sangat dah lama tak turun dapur.
Sangat lama dapur tak berasap. Sejak akak aku dah kawen. Sejak akak aku dah bawak 'fridge' ke rumah baru dia. Kira alasan munasabah ke tak tu ek ?
Oke. Oke. Aku ngaku.
Memang depan rumah aku ada kedai runcit, kedai makan mamak, kedai makan cina, 'carwash', semua yang berkaitan dengan makanan ada.
0ke. 0ke. 0ke. Aku nie penakut. Puas hati ?
Ape ? Ape ? Ape ?

Aku sangat penakut nak keluar sorang-sorang.
Kalau mak aku suruh pergi kedai beli garam, aku mesti ajak adik aku teman. Kalau tak ? Sampai tahun depan pon mak aku masak lauk pakai gula.

Aku sangat penakut nak melintas.
Jangan terkejut kalau jumpa aku kat tepi jalan sambil wat memek muka macam tikus berak kapur. Kalau boleh aku nak pegang je tangan sape-sape kat sebelah aku walau tak kenal sampai aku selamat melintas ke seberang. Takkan aku nak pimpin tiang lampu lak. Alamatnya sampai ke cucu cicit aku tak melintas.

Cukup kenyataan tentang kelemahan aku di sini.

Tadi. Untuk pertama kalinya aku singgah kedai mamak kat depan rumah aku setelah 6 bulan menetap kat sini. Tak tahan lapar punya pasal. Dan. Baru aku tahu kat sini bukan ada satu je kedai mamak. BERLAMBAK kedai makan! Melayu. Cina. India. Mamak. Western je tarak. PErghh !

0uh..makanan nya ? 0ke. Nasi rasa mamak. KAri rasa mamak. air p0n rasa mamakk?? Perghh ! 
Walau sebulan sekali pun susah aku nak pegang senduk, masakan aku tetap yang tersedap.
Tak caya? ? Laiiiii ~ ^.^v

p/s : Untuk mamat2 mamak yang lepak kat kedai mamak. Jaga mata anda. Awas ! Jangan menyesal kalau mata anda dikorek keluar dan saya wat gulai masak lemak cili padi bagi kucing2 makan. Tq.

Miss






Ouh.. rindu dia.
Okebaisekian.









Sunday, January 15, 2012

Cerpen pendek : ~ OMBAK KASIH ~

" Dah kali yang ketiga. Jawapan tetap sama. " Suasana tegang di rasa walau hanya di dalam telefon. Sunyi.
" Apa salah saya? Kenapa ayah awak susah sangat nak terima saya? " Sepi.
" Itu lah awak. Bila saya tanya, diam ! Bila saya cakap, awak diam ! Diam..diam..diam ! ..." Tuutt..tutt..tuttt.. Talian terputus.


....................................................................

Widad termenung jauh. Desiran ombak menenangkan jiwa. Dibiarkan saja walaupun sesekali tempias ombak mengenai wajahnya yang kelihatan rundum. Rasa membahagiakan.

   " Widad ! Kalau setakat datang sini nak layan jiwa. T0ksah la we ! Mandi yuk !" A'yun beria-ria menarik tangan Widad.

Widad menunjukkan reaksi muka tanpa perasaan.
   " Malas lah we, Aku tak bawa baju lah! "

   " Kau jangan nak bagi banyak alasan." A'yun membebel sambil menyelongkar mencari sesuatu dalam beg sandang dia. "haa..nah ! nahh ! dan nahh ! "

Widad terkejut. Satu demi satu pakaian Widad dari yang besar hingga yang rahsia keluar dari beg sandang A'yun.

   " Apa ni A'yun? Macam mana pakaian aku boleh ada dalam beg kau pulak ni? "
Kelam kabut Widad memungut pakaiannya lalu di peluk erat bimbang ada mata-mata yang terpandang. Mana tak nya, kalau baju dan seluar boleh di maafkan lagi. Ini yang kecik rahsia punya hal pun dia songlap masuk dalam beg dia.

   "AKU KAN ADA POKET DORAEMON ! HAHAHAHAA.." Jerit A'yun terus melarikan diri bimbang di belasah dek Widad.

Hampeh punya kawan. Dah lah aku bawak beg muat-muat untuk 'purse' aku ni jeh. Ni nak campak simpan mana baju-baju ni. Yang kau bawa lari beg kau sekali kenapa mambangg? Widad mengomel dalam hati sambil tangan masih memeluk gumpalan pakaiannya tadi.

   " Assalamualaikum".

Aduss..Mambang mana pula yang baik hati beri salam 'time' darurat macam ni ?
   " Waalaikumussalam.." Widad menjawab salam. Cuba berlagak tenang, sambil tangan berusaha mengemas pelukan pakaiannya tadi bimbang kalau-kalau ternampak benda yang tak sepatutnya.
   " Boleh saya tumpang tanya? "

Widad memandang mambang di depan matanya itu dari atas ke bawah. Ringkas. Tapi 'smart' ! Rambut ala-ala 'spike' gitu. T-shirt dan seluar pendek paras bawah lutut.
  
   " Hel0oo.." Jejaka itu memetik jari betul-betul depan muka Widad. " Dah puas membelek cik adik? " Jejaka tersebut tersenyum sinis.
Cis, perasan !
   " Bila masa saya membelek awak? Saya cuma pelik kenapa bulu hidung awak tu lebih panjang dari bulu mata awak. "
Bagus Widad! Penafian yang menunjukkan kau memang membelek dia okay.
Jejaka itu tergelak besar.
   " See..sometimes we have to learn how to give the brilliant of  denial. "
Widad menggigit bibir menyedari kesilapan dia tadi.
   " Awak nak apa?" Nak berlagak cakap London dengan aku pula mambang ni.
   " Cik adik ada buat jualan lelong ke? Kebetulan saya memang sedang mencari pakaian untuk nenek saya. "

Huh? Jualan lelong ? Widad buat muka pelik. Jejaka itu buat muka jelek. Widad tengok gumpalan pakaian yang dia setia peluk sejak dari tadi. Ohh..
   " Jualan lelong? Eh tak lah. Baju-baju ini untuk saya dermakan pada insan-insan yang memerlukan. Contohnya macam dekat Gaza tu. Kalau awak nak bagi kat nenek awak, suruh dia duduk kat Gaza sana. Tak payah susah-susah awak beli. Free of charges saya bagi. "
Ah, makin lama aku kat sini. Makin menjadi lak mambang sekor nih.
   " Okay, gotta go. Nak pos baju-baju ni ke Gaza. Assalamualaikum ! ". Setelah berkemas-kemas apa yang patut, Widad bingkas bangun meninggalkan jejaka tersebut.

Jejaka tersebut tersenyum melihat telatah Widad yang serabut dengan pakaian yang dia bawa. Sekejap baju jatuh. Widad pungut. Seluar pulak yang jatuh. Widad pungut lagi. Kali ini benda kecil berwarna purple pula yang jatuh. Walau jauh tapi jejaka tersebut dah boleh agak apa benda yang jatuh tadi. Kelam kabut Widad memungut benda yang jatuh tadi sambil mata nya meliar melihat kalau-kalau ada mata yang terpandang. Pecah gelaknya kali ini.

Kau gelakkan aku mambang! Tiba-tiba Widad nampak kelibat orang yang sangat dia kenali.
   " A'yunnn ! "
A'yun menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
   " Widad, kau kenapa bawa baju kau macam ni? Kot ye pun mogok tak nak teman aku mandi. " A'yun jawab tanpa rasa bersalah.
   " Semua kau punya pasal ! "
Widad berlalu meninggalkan A'yun yang terpinga-pinga tak mengerti.
   " Cepat lah, nak balik ke tak? "
A'yun segera berlari mendapatkan Widad.

.....................................................................

   " Assalamualaikum.. " Wafiy memberi salam. Sunyi tanpa bersahut salamnya.
   " Nek..oh nekk !"
   " Nenek kat reban belakang ni. " Dengar sayup-sayup suara Mak Jah dari belakang.
   " Nenek buat apa kat belakang ni nek? " Wafiy salam cium tangan Mak Jah.
   " Bagi lembu-lembu ni makan lah Wafiy. Kenapa lambat sampai? Bukan kamu dah lama bertolak dari KL ? " Mak Jah sambung memberi haiwan ternakannya makan.

   "Lembu ?? " Wafiy kehairanan. Depan mata dia cuma ada ayam-ayam yang berkeliaran. Seekor lembu pun dia tak nampak. Baru dia sedar yang Mak Jah mempermainkannya.
   " Nenek ni..perli Wafiy la tu, mana ada lembu nek? "
Mak Jah hanya tersenyum.
   " Nenek ni tak sudah-sudah dengan loyar buruk dia tu kan." Kali ni Wafiy bercekak pinggang geram melihat Mak Jah berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

   " Apa nenek pula. Kamu dah nampak ayam, lagi mau tanya kan?" Perlahan Mak Jah ketawa.

Itu dia nenek aku. Hajah Halijah Hassan @ Mak Jah. Mana nak dapat nenek 'rock' macam ni? Aku sangat untung. Hahaha.
   " Kamu pergi mana sampai berpasir sakan kaki ni? " Mak Jah pandang kaki Wafiy yang masih bersaki baki pasir pantai.
   " Main kat bendang nek.." Selamba wajah Wafiy menjawab.
Giliran Mak Jah pulak bercekak pinggang memandang Wafiy. Akhirnya pecah juga gelak mereka berdua.



Mak Jah menyediakan makan malam sementara menunggu Wafiy selesai solat Isyak.
    " Nenek masak apa malam ni. Sedapnya ! Wafiy da lapar sangat ni. " Tangan Wafiy mencapai udang goreng yang sudah ciap terhidang lalu masuk ke mulutnya.

Mak Jah menggeleng kepala melihat keletah cucunya yang tak ubah seperti anak kecil sedang kelaparan.
    " Macam kanak-kanak ribena. " Ujar Mak Jah.
    " Cucu Mak Jah jugak.. " Wafiy tersenyum nakal.
    " Dah..duduk, baca doa makan. " Mak Jah memberi arahan. Wafiy menurut.
    " Bismillahirrahmanirahim..Allahuma lakasumtuu... Auuoocchh ! Sakit lak nekk ! " Laju saja Mak Jah mencubit lengan tangan Wafiy.
    " Main-main lagi. " Mak Jah buat muka serius lalu dia sendiri yang membaca doa makan.
    " Muka nak ketat. " Kata Wafiy bernada perlahan tapi masih boleh didengari di telinga Mak Jah. Mak Jah tersenyum menahan gelak.
    " Kamu cuti sampai bila Wafiy ? " Mak Jah memandang Wafiy menanti jawapan.
    " Alaa nenek ni..macam tak suka je Wafiy duduk kat kampung ni? Baru sampai, takkan dah nak suruh Wafiy balik nek ? " Wafiy buat muka sedih.
    " Eh, kesitu lak kamu ni. Minggu depan kampung kita ada buat program anak angkat. Rumah kita antara yang terlibat. Kalau kamu ada, senang lah nenek. Boleh tolong kemaskan apa yang patut. Nenek tak larat nak kemas seorang diri. " Mak Jah mencapai kendi untuk membasuh tangannya.
    " Alaa..baru nak berehat-rehat 'time' cuti ni. Suruh anak angkat nenek tu kemas kan sendiri rumah kita ni je la. Lagi bernas idea Wafiy ni kan ? " Wafiy menunjuk jari telunjuk ke kepala nya.
    " Belum apa-apa dah buat perangai kan. Tak nak tolong takpe. Tapi dengar cerita anak angkat nenek ni 'awek'. Cun juga katanya. Ingatkan boleh buat calon cucu menantu sekali. " Senada Mak Jah bercakap sambil membasuh pinggan tanpa memandang Wafiy.
Tersedak Wafiy yang sedang meneguk air minumannya. Awek ??



Siapakah gerangan gadis itu ? Wafiy cuba lelapkan matanya. Berhenti berfikir tentang program yang neneknya ceritakan tadi. Ah, ingatkan balik kampung ni nak berehat-rehat. Tak sangka pula kampung nenek aku ni maju. Siap ada program angkat-angkat ni. Malas nya nak kemas rumah.
Tiba-tiba kotak hitam dalam otaknya memutarkan semula peristiwa yang berlaku petang tadi.

Wafiy yang berkira-kira hendak terus pulang ke rumah neneknya, terbantut hasratnya apabila melihat pantai yang terbentang luas di depannya.
Singgah sekejap lah. Dah lama tak hirup udara segar kat pantai ni. Selalu bersesak-sesak dekat bandar. Bosan.
Tenang rasa. Tiba-tiba Wafiy terpandang seseorang di pondok rehat tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Gadis tersebut kelihatan seperti mencari sesuatu. Dengan longgokan kain yang di peluknya. Wafiy bertambah hairan. Teragak-agak hendak menegur atau tidak. Tanpa sedar rupa-rupanya Wafiy sudah berada setapak saja jaraknya dengan gadis itu.
 
 
     " Bila masa saya membelek awak? Saya cuma pelik kenapa bulu hidung awak tu lebih panjang dari bulu mata awak. "
     " Jualan lelong? Eh tak lah. Baju-baju ini untuk saya dermakan pada insan-insan yang memerlukan. Contohnya macam dekat Gaza tu. Kalau awak nak bagi kat nenek awak, suruh dia duduk kat Gaza sana. Tak payah susah-susah awak beli. Free of charges saya bagi. "

Wafiy terlelap.







BERSAMBUNG ...






ADEK.

Aku ada adik. Tak semua orang ada adik. Tapi aku ada adik. Ada orang ada ramai adik. Tapi aku ada seorang adik saja. Beza aku dengan adik aku 7 tahun.
Aku bukan tak suka adik aku. Aku cuma tak suka aku ada adik. Selama 7 tahun aku jadik adik. Tiba-tiba aku dapat adik. 0ke. Di ulangi, aku bukan tak suka adik aku. Aku cuma tak suka aku ada adik.

Tiap-tiap hari gaduh dengan adik. Tarik rambut adik. Apa yang adik dapat aku mesti dapat juga walau hanya secebis jajan. Mak aku pening layan sikap aku yang sebegini sampai beliau cakap kalau boleh beliau nak masukkan salah seorang dari kitaorang dalam perut beliau balik, sambil menggayakan lagak mengangkat kain batik beliau. HAHAHA.

Tak suka macam mana pun. Adik tetap darah daging aku. Lepas Spm baru aku boleh terima adik. Bila aku dah mula sambung belajar di kolej, baru aku sedar macam mana hidup aku tanpa adik. Kalau takde adik, aku takde kawan cari pasal. Kalau takde adik, aku takde kawan nak buli. Kalau takde adik, aku takde kawan nak ajak teman pergi kedai. Kalau takde adik, aku takde kawan nak pimpin aku time melintas. Kalau takde adik, takde siapa nak gorengkan telur 'time' aku lapar. HAHAHA.

Dan ! Ramai cakap aku ni perangai tak macam orang ada adik. Aku sedar. Dan ! Adik dah macam akak , akak dah macam adik. Aku sedar. Adik manja. Tapi aku lebih manja. Dan sampai sekarang pun kalau abah beli jajan, mesti beliau belikan dua. Satu adik, satu aku. Walau umur aku da cecah 23 tahun ? Yezza ! ngee .

PMR haritu adik dapat straight A's. Alhamdulillah. Okeh. Sangat harap dia takkan pernah baca post aku ini.
Walau nampak macam selalu buli dia. Sebenarnya aku sayang adik aku sangat !
Sangat emo kalau aku tahu ada orang buli dia.
Ya. Aku ngaku memang aku panggil dia Gemok ! Tapi bukan sebab dia gemuk mana pon. Cuma sebab dia lebih besar berbanding akak2 dia yang lain.
TAPI.. Aku sangat marah kalau ada orang panggil adik gemok. Rasa nak tumbuk je muke diaorang !
Aku seorang je yang boleh panggil Adik tu 'GEMOK'.
okebaisekian.

Saturday, January 14, 2012

best jadi aku.

Petang. Macam biasa waktu untuk layan kerenah anak-anak dan suami. 'Tea Time' bermenukan pisang g0reng dan teh panas. Tiada apa yang lagi membahagiakan selain dari bersantai rehat bersama-sama insan tersayang. Berhenti.' Cepuusss !' Hilang awan angan-angan aku.
Okay. Berhenti berangan, kembali ke realiti. Oh, realiti aku.

Keje
Makan
Tidur

Itu yang paling asas setiap hari. Yang penting solat sudah tentu satu kewajiban. Oh ya, lupa lagi seperkara.

Online.

Aku dah cuba memeriahkan hari aku. Merubah rutin harian aku. Memang berubah. Cuma bezanya susunan rutinnya saja.

Makan
Tidur
Keje
Online

Esoknya.
Tidur
Keje
Makan
Online

Lusanya.
Online
Keje
Makan
Tidur

Hari berikutnya.
Tidur
Makan
Tidur
Makan

Kenapa takde kerja? '0ffday' lah. Tiap-tiap hari kerja gugur rambut aku.

Oh, dan kenapa rutin je yang bertukar? Sebab aku kerja syif. haha.
Motif 'post' aku hari ini adalah ..






Eh, blog aku. Suka hati aku lah.
Motif mak tif.
Emo lak tiba-tiba.
whatdehal? ( jangan tiru ayat tak senonoh ini )
0kebai.
Malam ini aku kerja syif malam.

Okebai lagi sekali.

Thursday, January 12, 2012

Hati Vs Hatie

Mencintai seseorang yang tidak mungkin akan menjadi milik kita adalah sesuatu yang sia-sia. Aku sedar itu semua. Tetapi nak membendung perasaan cinta itu tidak semudah berkata-kata, tidak semudah menaip, tidak semudah berniat di hati saja. Ini semua orang kena sedar.

Memberikan sepenuh hati kepada seseorang yang belom pasti tulang rusuk kita adalah sesuatu yang mungkin mengundang kekecewaan. Macam aku. Kadang-kadang kuasa cinta itu boleh menjangkaui lebih dari yang kita takkan jangka. Itu semua orang kena tahu.

Soal Jawab dengan HATI SENDIRI :

Kenapa aku masih mencintai insan yang tidak mungkin aku miliki ?
Sebab mungkin aku belum jumpa insan lain yang mampu buktikan pada aku yang dia akan menjadi pasangan hidup mati dunia akhirat aku, terima buruk baek aku seadanya.

Kenapa aku masih belum jumpa insan lain ?
Sebab bagi aku semua lelaki adalah sama. Pendek cerita aku fobia dengan lelaki.

Sebab itu sesukahati aku 'reject' insan yang tak bersalah sedangkan mereka cuba buktikan yang mereka mahu jadi yang terbaik di sisi kamu?
0h. Aku fobia!

Aku rasa munasabah ke jawapan aku untuk soalan di atas tadi ?
Tak ! Aku tahu tak munasabah. Aku bukan 'reject' mereka. Aku cuma memerlukan ruang dan masa. Aku tak mampu membalas cinta mereka sebagaimana mereka mencintai aku. Biar saket sekarang. Atleast lepas tu mereka da jumpa pasangan masing-masing dan bahagia kan ? Aku ? masih begini...

Apakah yang aku inginkan sebenarnya ?
Kasih sayang. Cinta. Perhatian. Didikan. Dari insan yang benar-benar menyayangi, memahami, menerima aku seadanya. Insan yang mampu membuat aku lupa yang aku pernah mencintai orang lain, yang dapat mengubati hati aku. Walau dia bukan yang pertama di hati aku tapi dia akan menjadi yang terakhir dan selama-lamanya untuk aku. Aku janji !

Berperang dengan hati sendiri sangat bahaya. Boleh jadi gila. Nasib boleh kawal emosi lagi. 'Post' ini asalnya semua gara-gara mimpi aku.
Tahun baru. Azam baru. Bertambah lagi setahun. Bermakna hampir 3tahun kami dipisahkan. " Ya Allah, hambamu redha..padamkan hatiku, jiwaku, perasaanku, ingatanku kepada dia. Dia milik orang lain. Aku lepaskan dia. Aku redha dengan qada' dan qadar Mu. "