....iNi SaYe ! ....

My photo
Berdiam itu lebih baek dari berkata-kata | Menulis itu lebih baek dari bercerita | Beribu kata,Beribu Bahasa | dari satu hati satu jiwa..

Pages

Sunday, January 15, 2012

Cerpen pendek : ~ OMBAK KASIH ~

" Dah kali yang ketiga. Jawapan tetap sama. " Suasana tegang di rasa walau hanya di dalam telefon. Sunyi.
" Apa salah saya? Kenapa ayah awak susah sangat nak terima saya? " Sepi.
" Itu lah awak. Bila saya tanya, diam ! Bila saya cakap, awak diam ! Diam..diam..diam ! ..." Tuutt..tutt..tuttt.. Talian terputus.


....................................................................

Widad termenung jauh. Desiran ombak menenangkan jiwa. Dibiarkan saja walaupun sesekali tempias ombak mengenai wajahnya yang kelihatan rundum. Rasa membahagiakan.

   " Widad ! Kalau setakat datang sini nak layan jiwa. T0ksah la we ! Mandi yuk !" A'yun beria-ria menarik tangan Widad.

Widad menunjukkan reaksi muka tanpa perasaan.
   " Malas lah we, Aku tak bawa baju lah! "

   " Kau jangan nak bagi banyak alasan." A'yun membebel sambil menyelongkar mencari sesuatu dalam beg sandang dia. "haa..nah ! nahh ! dan nahh ! "

Widad terkejut. Satu demi satu pakaian Widad dari yang besar hingga yang rahsia keluar dari beg sandang A'yun.

   " Apa ni A'yun? Macam mana pakaian aku boleh ada dalam beg kau pulak ni? "
Kelam kabut Widad memungut pakaiannya lalu di peluk erat bimbang ada mata-mata yang terpandang. Mana tak nya, kalau baju dan seluar boleh di maafkan lagi. Ini yang kecik rahsia punya hal pun dia songlap masuk dalam beg dia.

   "AKU KAN ADA POKET DORAEMON ! HAHAHAHAA.." Jerit A'yun terus melarikan diri bimbang di belasah dek Widad.

Hampeh punya kawan. Dah lah aku bawak beg muat-muat untuk 'purse' aku ni jeh. Ni nak campak simpan mana baju-baju ni. Yang kau bawa lari beg kau sekali kenapa mambangg? Widad mengomel dalam hati sambil tangan masih memeluk gumpalan pakaiannya tadi.

   " Assalamualaikum".

Aduss..Mambang mana pula yang baik hati beri salam 'time' darurat macam ni ?
   " Waalaikumussalam.." Widad menjawab salam. Cuba berlagak tenang, sambil tangan berusaha mengemas pelukan pakaiannya tadi bimbang kalau-kalau ternampak benda yang tak sepatutnya.
   " Boleh saya tumpang tanya? "

Widad memandang mambang di depan matanya itu dari atas ke bawah. Ringkas. Tapi 'smart' ! Rambut ala-ala 'spike' gitu. T-shirt dan seluar pendek paras bawah lutut.
  
   " Hel0oo.." Jejaka itu memetik jari betul-betul depan muka Widad. " Dah puas membelek cik adik? " Jejaka tersebut tersenyum sinis.
Cis, perasan !
   " Bila masa saya membelek awak? Saya cuma pelik kenapa bulu hidung awak tu lebih panjang dari bulu mata awak. "
Bagus Widad! Penafian yang menunjukkan kau memang membelek dia okay.
Jejaka itu tergelak besar.
   " See..sometimes we have to learn how to give the brilliant of  denial. "
Widad menggigit bibir menyedari kesilapan dia tadi.
   " Awak nak apa?" Nak berlagak cakap London dengan aku pula mambang ni.
   " Cik adik ada buat jualan lelong ke? Kebetulan saya memang sedang mencari pakaian untuk nenek saya. "

Huh? Jualan lelong ? Widad buat muka pelik. Jejaka itu buat muka jelek. Widad tengok gumpalan pakaian yang dia setia peluk sejak dari tadi. Ohh..
   " Jualan lelong? Eh tak lah. Baju-baju ini untuk saya dermakan pada insan-insan yang memerlukan. Contohnya macam dekat Gaza tu. Kalau awak nak bagi kat nenek awak, suruh dia duduk kat Gaza sana. Tak payah susah-susah awak beli. Free of charges saya bagi. "
Ah, makin lama aku kat sini. Makin menjadi lak mambang sekor nih.
   " Okay, gotta go. Nak pos baju-baju ni ke Gaza. Assalamualaikum ! ". Setelah berkemas-kemas apa yang patut, Widad bingkas bangun meninggalkan jejaka tersebut.

Jejaka tersebut tersenyum melihat telatah Widad yang serabut dengan pakaian yang dia bawa. Sekejap baju jatuh. Widad pungut. Seluar pulak yang jatuh. Widad pungut lagi. Kali ini benda kecil berwarna purple pula yang jatuh. Walau jauh tapi jejaka tersebut dah boleh agak apa benda yang jatuh tadi. Kelam kabut Widad memungut benda yang jatuh tadi sambil mata nya meliar melihat kalau-kalau ada mata yang terpandang. Pecah gelaknya kali ini.

Kau gelakkan aku mambang! Tiba-tiba Widad nampak kelibat orang yang sangat dia kenali.
   " A'yunnn ! "
A'yun menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
   " Widad, kau kenapa bawa baju kau macam ni? Kot ye pun mogok tak nak teman aku mandi. " A'yun jawab tanpa rasa bersalah.
   " Semua kau punya pasal ! "
Widad berlalu meninggalkan A'yun yang terpinga-pinga tak mengerti.
   " Cepat lah, nak balik ke tak? "
A'yun segera berlari mendapatkan Widad.

.....................................................................

   " Assalamualaikum.. " Wafiy memberi salam. Sunyi tanpa bersahut salamnya.
   " Nek..oh nekk !"
   " Nenek kat reban belakang ni. " Dengar sayup-sayup suara Mak Jah dari belakang.
   " Nenek buat apa kat belakang ni nek? " Wafiy salam cium tangan Mak Jah.
   " Bagi lembu-lembu ni makan lah Wafiy. Kenapa lambat sampai? Bukan kamu dah lama bertolak dari KL ? " Mak Jah sambung memberi haiwan ternakannya makan.

   "Lembu ?? " Wafiy kehairanan. Depan mata dia cuma ada ayam-ayam yang berkeliaran. Seekor lembu pun dia tak nampak. Baru dia sedar yang Mak Jah mempermainkannya.
   " Nenek ni..perli Wafiy la tu, mana ada lembu nek? "
Mak Jah hanya tersenyum.
   " Nenek ni tak sudah-sudah dengan loyar buruk dia tu kan." Kali ni Wafiy bercekak pinggang geram melihat Mak Jah berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

   " Apa nenek pula. Kamu dah nampak ayam, lagi mau tanya kan?" Perlahan Mak Jah ketawa.

Itu dia nenek aku. Hajah Halijah Hassan @ Mak Jah. Mana nak dapat nenek 'rock' macam ni? Aku sangat untung. Hahaha.
   " Kamu pergi mana sampai berpasir sakan kaki ni? " Mak Jah pandang kaki Wafiy yang masih bersaki baki pasir pantai.
   " Main kat bendang nek.." Selamba wajah Wafiy menjawab.
Giliran Mak Jah pulak bercekak pinggang memandang Wafiy. Akhirnya pecah juga gelak mereka berdua.



Mak Jah menyediakan makan malam sementara menunggu Wafiy selesai solat Isyak.
    " Nenek masak apa malam ni. Sedapnya ! Wafiy da lapar sangat ni. " Tangan Wafiy mencapai udang goreng yang sudah ciap terhidang lalu masuk ke mulutnya.

Mak Jah menggeleng kepala melihat keletah cucunya yang tak ubah seperti anak kecil sedang kelaparan.
    " Macam kanak-kanak ribena. " Ujar Mak Jah.
    " Cucu Mak Jah jugak.. " Wafiy tersenyum nakal.
    " Dah..duduk, baca doa makan. " Mak Jah memberi arahan. Wafiy menurut.
    " Bismillahirrahmanirahim..Allahuma lakasumtuu... Auuoocchh ! Sakit lak nekk ! " Laju saja Mak Jah mencubit lengan tangan Wafiy.
    " Main-main lagi. " Mak Jah buat muka serius lalu dia sendiri yang membaca doa makan.
    " Muka nak ketat. " Kata Wafiy bernada perlahan tapi masih boleh didengari di telinga Mak Jah. Mak Jah tersenyum menahan gelak.
    " Kamu cuti sampai bila Wafiy ? " Mak Jah memandang Wafiy menanti jawapan.
    " Alaa nenek ni..macam tak suka je Wafiy duduk kat kampung ni? Baru sampai, takkan dah nak suruh Wafiy balik nek ? " Wafiy buat muka sedih.
    " Eh, kesitu lak kamu ni. Minggu depan kampung kita ada buat program anak angkat. Rumah kita antara yang terlibat. Kalau kamu ada, senang lah nenek. Boleh tolong kemaskan apa yang patut. Nenek tak larat nak kemas seorang diri. " Mak Jah mencapai kendi untuk membasuh tangannya.
    " Alaa..baru nak berehat-rehat 'time' cuti ni. Suruh anak angkat nenek tu kemas kan sendiri rumah kita ni je la. Lagi bernas idea Wafiy ni kan ? " Wafiy menunjuk jari telunjuk ke kepala nya.
    " Belum apa-apa dah buat perangai kan. Tak nak tolong takpe. Tapi dengar cerita anak angkat nenek ni 'awek'. Cun juga katanya. Ingatkan boleh buat calon cucu menantu sekali. " Senada Mak Jah bercakap sambil membasuh pinggan tanpa memandang Wafiy.
Tersedak Wafiy yang sedang meneguk air minumannya. Awek ??



Siapakah gerangan gadis itu ? Wafiy cuba lelapkan matanya. Berhenti berfikir tentang program yang neneknya ceritakan tadi. Ah, ingatkan balik kampung ni nak berehat-rehat. Tak sangka pula kampung nenek aku ni maju. Siap ada program angkat-angkat ni. Malas nya nak kemas rumah.
Tiba-tiba kotak hitam dalam otaknya memutarkan semula peristiwa yang berlaku petang tadi.

Wafiy yang berkira-kira hendak terus pulang ke rumah neneknya, terbantut hasratnya apabila melihat pantai yang terbentang luas di depannya.
Singgah sekejap lah. Dah lama tak hirup udara segar kat pantai ni. Selalu bersesak-sesak dekat bandar. Bosan.
Tenang rasa. Tiba-tiba Wafiy terpandang seseorang di pondok rehat tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Gadis tersebut kelihatan seperti mencari sesuatu. Dengan longgokan kain yang di peluknya. Wafiy bertambah hairan. Teragak-agak hendak menegur atau tidak. Tanpa sedar rupa-rupanya Wafiy sudah berada setapak saja jaraknya dengan gadis itu.
 
 
     " Bila masa saya membelek awak? Saya cuma pelik kenapa bulu hidung awak tu lebih panjang dari bulu mata awak. "
     " Jualan lelong? Eh tak lah. Baju-baju ini untuk saya dermakan pada insan-insan yang memerlukan. Contohnya macam dekat Gaza tu. Kalau awak nak bagi kat nenek awak, suruh dia duduk kat Gaza sana. Tak payah susah-susah awak beli. Free of charges saya bagi. "

Wafiy terlelap.







BERSAMBUNG ...






1 comment: