....iNi SaYe ! ....

My photo
Berdiam itu lebih baek dari berkata-kata | Menulis itu lebih baek dari bercerita | Beribu kata,Beribu Bahasa | dari satu hati satu jiwa..

Pages

Saturday, December 4, 2010

" Aku terima kau seadanya "


Perkahwinan merupakan sebuah hubungan yang terjalin antara dua insan di mana memerlukan k0mitmen antara satu sama lain bagi menjamin kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Untuk menyatukan dua hati dua jiwa menjadi satu hati satu jiwa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Jika tiadaan penyatuan hati dan jiwa adalah mustahil bagi mencapai kebahagiaan.
" Terimalah dia seadanya ". Seringkali kita mendengar ayat ini dari generasi ke generasi sekarang. Namun sejauh manakah keberkesanan ayat ini? Sudah semestinya tidak seratus peratus.
Menerima 0rang seadanya memang mudah. Tutup telinga. Tutup mata. Tutup mulut. Pura-pura tidak nampak segala perlakuan mahupun tingkahlakunya yang kita tidak berapa berkenan. Semudah itukah?
Itu jika secara zahirnya. Bagaimana pula secara batil? Adakah hati dan jiwa kita dapat menerimanya seadanya? Walaup0n kita sudah berusaha untuk menerima seadanya tetapi hati dan jiwa kita merasakan tiada keserasian antara satu sama lain juga tidak berguna.

Bagaimana pula jika hubungan sudah terbina? Terima seadanya namun hati tak serasi? Perlukah kita menipu diri kita sendiri?? Kemudian meneruskan hubungan dan bernekad untuk berumahtangga. Dan akhirnya?? Rumahtangga hancur berkecai begitu sahaja hanya gara-gara alasan TIADA KESERASIAN LAGI?
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jika sudah berusaha namun masih berperasaan yang sama, pilihlah jalan yang betul. Ya,Pasti ada yang akan terluka. Tetapi,Itulah dia lumrah percintaan. Usah berumah ditepi pantai kalau tak0t dilambung 0mbak.

No comments:

Post a Comment